BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, March 27, 2011

on sekejap~

salam alaik(kalao ada org yg baca)


 setelah da berbulan-bulan hafiz x tulis dalam blog, hatta buka pun tak...terasa nak tulis balik blog. kali niy xdela spesific topic, sebab hafiz x suka memulakan topik sebaliknya suka diajak berbincang. kalao nak tulis isu2 semasa baik sudut politik, kemanusiaan, ekonomi, sosial semuanya terlalu banyak. dan hafiz nampak, golongan mahasiswa yg kononnya digelar golongan intelektual selalu akan jadi barisan paling awal berhujah untuk MENENTANG bukan menyokong isu2 tersebut. dalam erti kata lain, mahasiswa menjadi anti segala yang berlaku dlam negara.

  hafiz adalah seorang yang neutral, x menyokong yg mungkar dan x menerima mentah2 perkara maaruf. dalam pemerhatian hafiz, mahasiswa hari ini selalu menentang apa yg dirasakan unislamic yg dilakukan sesetengah pihak. tetapi perkara yg bagus dilakukan pihak itu tidak pula dipuji. pernah hafiz ternampak seorang ikhwah menulis "kerajaan bertuhankan syaitan!!!". come on brother, apa niy... apakah anda rasa diri anda tahu segala kebenaran? ramai mahasiswa rasa diri mereka mempunyai fikrah yang haq setelah mengikuti liqa2, usrah2, ceramah2, setelah bersembang2 dengan rakan2, baca buku2. mereka rasakan diri mereka tahu apa yg benar dan apa yg salah. lihat, andai kerajaan ini diberikan kepada mereka hari ini, hafiz jamin, kelam kabut juga mereka.

  nasihat hafiz, jika kita mencari kebenaran, kita x boleh rasa diri kita benar dan org lain salah. buang segala ideologi2 terdahulu kemudian pergilah kepada usrah2 kamu dan berbincang. andai anda rasa Malaysia diperintah oleh golongan yang zalim, anda pg ngaji rajin2, kemudian libatkan diri dalam politik. bukan hafiz tidak setuju mahasiswa terlibat dalam politik, but maturity is not enough without wisdom. jadi seorang yang bijak, berhemah tinggi dan buang ego jauh2. jangan risau, satu hari nanti, kamu memerintah juga negara ini. insyaAllah.