BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, September 4, 2010

salam kembali~

da 2 bulan hafiz x blog.hehe. terus-terang dikatakan, hafiz bukan jenis org yg suka berblog. juz not my cup of tea. tp berblog sekadar mengisi masa yg terlebih2 lapang. ;D

sebulan berada di gombak menguji kebijaksanaan hafiz dalam mengatur masa, kepentingan da juga ibadah. matric dan main camp mmg dua perkara yg berbeza. ada sahabat2 yg macam pro dgn gombak, ada yg masih terkebil2. hafiz macam berada di antara dua2. hehe. my aim is to get at least 3.5 GPA sem satu niy, walaupun agak susah sbb still adapting tp x mustahil. ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu!!

sekarang pun hafiz da mula nak aktif sket2 dalam society, ada jugak join maaruf club, quranic youth club n looking foward nak jd subcomm LAWSOC. ;D hafiz percaya sesuatu biah harus dimulakan dari tempat kita berdiri. bermula denagn diri sendiri, kawan2, dan seterusnya persekitaran. berkonsepkan QUDWAH QABLA DA'WAH.  bermaksud sebelum berdakwah, akhlak yg mulia harus diamalkan. sesesungguhnya kita akan disoal atas apa yg kita perkatakan. jgn jadi 'cakap tak serupa bikin'.  malu nnt depan Allah SWT. na'uzubillah.

dalam 5 hari terakhir puasa niy, hafiz nak ucapkan, selamat meneruskan puasa dan ibadah ramadhan. terawikh dan qiyamullail ditinggal jangan. refresh kembali masa kita mula2 menjejakkan kaki ke dalam UNIVERSITI RAMADHAN, apa niat kita?? kalao sekarang da tersasar, kita betulkan balik. insyaAllah.

ALLAHUMMA BALIGHNA FI RAMADHAN MARRATAN UKHRA. AMIN!!!

Tuesday, June 15, 2010

salam alaik, baru2 niy hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya. memang salah hafiz, langgar lampu merah kemudian dirempuh sebelah kanan kereta dan terbalik pulak...

 kat sini hafiz sertakan gambar, tengok la...

seriously, hafiz menyesal sgt2 sbb lalai masa memandu. tapi, benda da jadi kita cuma boleh amek pengajaran... ramai org cakap, hafiz bertuah sangat2 sbb x cedera langsung walaupun satu calar. betol ke? Allah s.w.t telah kurniakan mau'nah kpd hafiz iaitu keajaiban kepada manusia biasa supaya hafiz lebih banyak beribadah dan bertaubat...kadang2 manusia lalai, Allah da tunjuk mcm 2 pun, masih x rasa bersyukur, dan diri hafiz tak terlepas daripada sifat 2...apabila bejana hati sudah retak, maka isilah apa pun akan keluar jugak. cuma semoga Allah tetapkan hati2 kita.Amin.

berbalik kepada kemalangan tadi, sekadar perkongsian. jujur hafiz katakan kalau ditakdirkan hafiz mati dalam kemalangan, hafiz x berani jamin akan mati dalam islam. sbb, masa kemalnagn berlaku, mulut hafiz terkunci, lidah kelu nak sebut nama Allah. di situ kita boleh nampak, setakat mana keimanan kita....

nasihat untuk diri hafiz sendiri dan pembaca, selalu2lah mengucap kalimah syahadah. supaya mulut kita ringan mengucapkannya waktu sakaratulmaut. insyaAllah.

Monday, May 3, 2010

secebis tazkirah~

”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

salam alaik, diharapkan para pembaca sentiasa dekat dengan Allah rabbul 'izzati. Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.
Terdapat EMPAT keadaan di mana sedekah menjadi lebih afdhal:
1)MASA SIHAT
-hakikatnya, ramai manusia lupa untuk bersedekah sewaktu masih sihat. sebagai contoh, apabila menghampiri kematian, lazimnya seseorang itu akan mula besedekah. kerana mengingati mati.
2)LOKEK HARTA
- inilah antara waktu-waktu iman berperang dengan nafsu.
3)TERINGIN MENAMBAH KEKAYAAN
- seseorang yang ingin menjadi lebih kaya, tetapi sanggup mendermakan hartanya, adalah golongan yang bukan hamba harta.
4)FAKIR
- apabila ditakuti diri akan menjadi miskin akibat bersedekah, maka bersedekahlah, kerana Allah akan terus memberi rezeki.
Sedekah juga seharusnya dibuat dengan cara rahsia:  
Rasulullah SAW ada menjelaskan :
”Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.
Perbuatan menghebah-hebahkan sifat dermawan sendiri adalah seperti menjadikan sedekah tersebut sebagai sesuatu yang sia-sia bagi dirinya. Jika hebahan tersebut bersifat mengajak orang lain melakukan yang serupa, maka lakukan dengan cara berhemah. Tidak perlu dinyatakan dengan bangga bahawa anda telah menderma, jumlah dermaan anda dan sebagainya.

Sama-sama kita renungkan:
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

semoga kita menjadi Mukmin yang lebih sempurna dengan mengamalkan amalan sedekah. (^_^) v

p/s: para anbiaa tidak menerima tetapi menerima 'hadiah'.

Tuesday, March 9, 2010

memory baktisiswa



salam alaik,
wahh!! selama dua minggu hafiz berada di kuala terengganu,banyak pengalaman yg x mungkin dpt hafiz lupakan sampai bila...hafiz dipairingkan bersama hilmi sebagai anak angkat kepada FAMILY KORI d best family ever.hehehe...
imbas kembali, sebelum kami tiba di terengganu, perserta2 BAKSIS telah menjalani kursus induction di uia pj selama empat hari, penat mmg penat, dri apa yg hafiz faham, program baksis niy mmg laen dri program yg laen. baksis melibatkan orang luar uia, kami membawa imej UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA yg sememangnya berat. program manager kami, hafiz zainal mmg TEKAN sangat2 soal disiplin sampai kitorang naek bengang. tpi bila pkir balek, bukan senang nk pikul tanggung jawap PM baksis, terus terang hafiz katakan yg hafiz sendiri x yakin mampu lakukan yg lebih baek dri hafiz zainal sekiranya amanah itu diberikan kpd hafiz.
bila kami sampai di kuala terengganu, mmg x sangka orang kampung sambut kitorang ngn beras kunyit, paluan kompang.hahah...tulus ikhlas dri hafiz, hafiz katakan yg hafiz banyak belajar mengenal masyarakat semasa program baksis berjalan. keluarga angkat hafiz sendiri, ada empat anak OKU, hati hafiz mmg tersentuh sgt2....naseb baek hilmi ada, dye byk menaekkan semangat hafiz.... (^_^)
kata Imam Ghazali: ukhuwah itu bukan kepada indahnya pertemuan, tapi kepada ingatan seseorang dalam doanya. walau pun program niy da abes, insyaAllah hafiz xkan sia2kan ukhuwah yg terjalin. rindu nak bergurau dgn adek2 hafiz kat sana. ukhuwah fillah abadan abada...amin!

Sunday, February 21, 2010

sepanjang kepergian ku ini...

salam...
esok, 23/2/10-7/3/10, hafiz akan pergi ke serada, terengganu tuk program BAKTISISWA anjuran FSCC...the program is regarding not juz homestay, but doing programs to build up stronger relationship, self confidence and knowledge.bermakna, sepanjang lebih dua minggu niy hafiz x berpeluang la nk blogging.hehehe(mcm da bese je)

 
this is our logo

logo yang agak ceria..hehe. hafiz diamanahkan jawatan sbg assistant publication and promotion bureau a.k.a PUB PRO. sebenarnya niy first tyme hafiz pgg jawatan as assistant. before tis mesti jadi head...maybe this is the chace for hafiz to listen more...hehe.

insyaAllah tonight hafiz will upload the AGD pictures...chow for now(^_^)

good news!

salam...
for anyone who wants a n arabic software without buying one, i wud suggest 'maren 1.0'. it'll guide u with the arabic words i.e suggestion n video guide.
for example, my name is hafiz. in the arabic translation, حافظ . isnt it simple??

go ahead n try! spread this...thats all for now. (^_^)

AGD FSCC 09/10

salam,
esok 22/02/20 akan berlangsunglah Annual Grand Dinner FoundationStudent Coordination Council 09/10 di Hotel Armada...tadi baru dpt msg dri secretary FSCC, akh hasbullah katanya akn ada hadiah tuk yg pki the best the best dress. nak pki apa ey?? ngeee~

okay, esok hafiz upload gambar2 masa AGD 2...chow for now(^_^)

malam pertama berblog!

salam... before this, selalu sgt tengok orang lain berblog. tapi tetiba lak teringin buat satu, bak kata orang "tak kenal maka tak cinta". harap sgt2 blog hafiz akn bertahan, bukan sekadar sebulan dua je...
hope dpt support from u readers to give feedback n motivation ayte??

insyaAllah, hafiz akn lontarkan bkn sekadar kesah diri sendiri, tp isu2 kemasyarakatan dan bahan2 ilmiah di dalam blog hafiz niy...(^_^)

أدعو ل أنا!!