BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, May 3, 2010

secebis tazkirah~

”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

salam alaik, diharapkan para pembaca sentiasa dekat dengan Allah rabbul 'izzati. Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.
Terdapat EMPAT keadaan di mana sedekah menjadi lebih afdhal:
1)MASA SIHAT
-hakikatnya, ramai manusia lupa untuk bersedekah sewaktu masih sihat. sebagai contoh, apabila menghampiri kematian, lazimnya seseorang itu akan mula besedekah. kerana mengingati mati.
2)LOKEK HARTA
- inilah antara waktu-waktu iman berperang dengan nafsu.
3)TERINGIN MENAMBAH KEKAYAAN
- seseorang yang ingin menjadi lebih kaya, tetapi sanggup mendermakan hartanya, adalah golongan yang bukan hamba harta.
4)FAKIR
- apabila ditakuti diri akan menjadi miskin akibat bersedekah, maka bersedekahlah, kerana Allah akan terus memberi rezeki.
Sedekah juga seharusnya dibuat dengan cara rahsia:  
Rasulullah SAW ada menjelaskan :
”Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.
Perbuatan menghebah-hebahkan sifat dermawan sendiri adalah seperti menjadikan sedekah tersebut sebagai sesuatu yang sia-sia bagi dirinya. Jika hebahan tersebut bersifat mengajak orang lain melakukan yang serupa, maka lakukan dengan cara berhemah. Tidak perlu dinyatakan dengan bangga bahawa anda telah menderma, jumlah dermaan anda dan sebagainya.

Sama-sama kita renungkan:
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

semoga kita menjadi Mukmin yang lebih sempurna dengan mengamalkan amalan sedekah. (^_^) v

p/s: para anbiaa tidak menerima tetapi menerima 'hadiah'.

0 comments: